Monday, 26 March 2007

Ikan Basong

Ikan Basong ini mudah didapati di perairan kita Brunei Darusslam. Ikan ini selalunya tangkap mengunakan pancingan permata ramai (appollo) selain daripada mengunakan pukat. Ikan ini suka berkumpul dibawah rawa-rawa iaitu rumah tiruan ikan yang dibuat khas bagi menarik minat ikan ikan kecil seperti ikan basong berselindung. Selain dimakan ikan ini ditangkap hidup2 lalu disimpan dalam suatu bekas untuk dijadikan umpan hidup bagi marik minat ikan lebih besar seperti tengiri dan tuna (ikan tungkol). Mengunakan ikan basong hirisan sebagai umpan amat popular dikalangan pemancing tanah ayer kita ini. Ikan seperti red snapper (ikan merah), Berahan (Jenahak), Kerapu serta lain jenis ikan pemangsa dasar laut amat gemar dengan umpan sebegini.

No comments:

Post a Comment